| Azim Fitri | |||
KOTA KINABALU, 19 April: Hujan yang turun tidak menghalang lebih 200 penduduk yang menjadi mangsa perobohan rumah mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Kampung Bakau, Likas petang kelmarin.
Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Anwar Ali dan Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman bagi menyatakan sokongan moral PAS kepada mangsa kezaliman BN di Sabah. Idris yang berkebetulan dalam perjalanan ke satu majlis di Tuaran singgah ke Kampung Bakau untuk melihat sendiri keadaan yang dialami oleh mangsa perobohan rumah itu. Beliau yang terlalu sebak dan sedih hanya mampu menyampaikan ucapan selama lima minit dan tidak mampu meneruskan ucapan beliau.
Di antara kandungan sepanduk dan poster penunjuk perasaan ialah ‘Beri hak kepada kami penduduk miskin selama 30 tahun menduduki Kg Bakau Likas’, ‘Kami bantah pencerobohan ini’ dan ‘Air dan letrik kamu sudah potong tolong sambung kembali jangan siksa orang Islam sesama kita’. Rumah-rumah penduduk Kampung Bakau telah diroboh sejak Isnin lalu. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersama-sama anggota Rela, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Polis, Sabah Electricty dan Jabatan Air telah melancarkan operasi meroboh rumah-rumah setinggan bagi mencapai matlamat setinggan sifar 2010.
|
Suatu kompilasi maklumat yang disediakan oleh SUARA MAJORITY RAKYAT MALAYSIA - - UNTUK LAIN-LAIN TAJUK SILA LIHAT -- VIEW MY COMPLETE PROFILE.
Friday, April 23, 2010
200 tunjuk perasaan bantah BN roboh rumah rakyat di Kg Bakau LIKAS, SABAH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment